Thursday, September 20, 2012

Hukum Pelaburan ASB

Sebagai muslim, saya merasakan penerangan berkaitan HUKUM MELABUR di ASB perlu di kongsi bersama semua umat islam.

Sebagai penjelasan Hukun ASB, anda boleh memahami video dibawah.

Anda boleh rujuk website sebelah untuk menambahkan ilmu:      http://www.zaharuddin.net/

Pelaburan di Malaysia perlu dikawal selia oleh SURUHANJAYA SEKURITI
http://www.sc.com.my/index.asp?Language=M

Boleh rujuk sini untuk mengetahui sama ada pelaburan unit amnah anda menepati hukum SYARAK atau sebaliknya.
http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf



Saturday, September 17, 2011

Menjadi Pengedar SAH GCP








Mari SEMUA USAHAWAN yang berminat menambah pendapatan dan membantu sahabat-sahabat untuk berkongsi ilmu EMAS dengan tepat dan betul untuk manfaat bersama. Sedikit modal diperlukan selain kejujuran, amanah dan ketakwaan. Insya ALLAH.



NOTIS TERKINI

MULAI 1 JANUARI 2012 SYARAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENGEDAR GCP ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
YURAN KEAHLIAN : RM 1,000 SEUMUR HIDUP.
PEMBELIAN WAJIB : PEMBELIAN MINIMA PELBAGAI JENIS EMAS GCP BERNILAI RM 10,000.00 MENGIKUT HARGA PENGEDAR SEMASA.





SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

PENDAFTARAN PENGEDAR GCP.
1)Dokumen yang diperlukan:-
a)Introducer/Pengenal
b)Satu salinan kad pengenalan
c)Dua keping gambar ukuran passport
d)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
e)Bayaran pendaftaran RM5000 (Belian emas: Rantai tangan 10g, bar GCP 10g, 1 dinar GCP dan yuran keahlian sahaja)

TERMA DAN SYARAT PENGEDAR SAH.
1)PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA,AMLA,Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.
2)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh GCP.
3)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram.
4)PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun GCP.
5)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP/resit GCP/Logo GCP untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan GCP.
6)PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik GCP pada setiap masa.
7)Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak GCP berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.
8) Pihak GCP TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia.Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
9)Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak GCP berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan,dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah GCP tanpa alasan yang munasabah.
10)Pihak GCP tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak GCP hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
11) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN.(Sila Baca Bersama Panduan Tempahan)
1)Pihak GCP berhak untuk menolak tempahan emas yang dibuat tanpa deposit dan bayaran penuh mestilah dibuat dibuat dalam tempoh 24 jam.
2) Tempahan yang dibatalkan oleh pengedar akan dikenakan denda sebanyak 5% daripada harga Emas dan akaun pengedar akan disenaraihitamkan.
3) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat tempahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN.
1)Penghantaran produk terus kepada PENGEDAR adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak GCP. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran, produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak GCP.
2) Penghantaran produk terus kepada PELANGGAN seperti yang diarahkan oleh Pengedar adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pengedar. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran Produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.
3) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat penghantaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.


FAEDAH MENJADI PENGEDAR.

1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :-

HARGA RANTAI TANGAN & GOLD BAR GCP 999.
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA GOLD BAR / JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar)

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa.

Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

5)Perkhidmatan penghantaran.
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)
4)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu ke dua dan ke empat, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja) Mulai 1 Mac 2011 Pamp S.A tiada komisyen diberi.

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

Pihak GCP berhak mengubah syarat dan keistimewaan pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.



KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).
Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK).

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.

Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57


Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my &
http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my


Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (selepas ini disebut GCP) hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar GCP (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama GCP untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.



PRODUK-PRODUK GCP




Rantai tangan pasir 10g,

Rantai tangan pasir 20g,

Rantai tangan pasir 30g,

Rantai tangan pasir 50g,

Rantai tangan pasir 100g,





Rantai tangan gajah 30g,

Rantai tangan gajah 50g,

Rantai tangan gajah 100g,

Rantai leher gajah 30g.

Rantai leher gajah 50g.

Rantai leher gajah 100g,




Dinar 999.9





GoldBar GCP 10g

GoldBar GCP 20g

GoldBar GCP 50g

GoldBar GCP 100g






Tuesday, September 13, 2011

Presiden Takaful Ikhlas Terima Anugerah Kepimpinan Global 2011

Bernama, 25 Jul 2011





KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman menerima Anugerah Kepimpinan Global 2011 daripada The Leaders Magazine, yang disokong oleh Persatuan Kepimpinan Amerika.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Syed Moheeb berkata anugerah itu merupakan perakuan yang sangat bermakna baginya.

"Perakuan ini wajar dikongsi bersama para pelanggan, ejen dan petugas Takaful Ikhlas yang banyak memberi sokongan kepada saya.

"Kejayaan ini memperkukuh semangat saya untuk lebih berdedikasi dan bekerja keras bagi meningkatkan status Takaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berlandaskan nilai dan prinsip Syariah," katanya.

Syed Moheeb sudah membabitkan diri dalam industri insurans dan takaful selama 36 tahun dan sudah mengetuai pelbagai syarikat insurans langsung dan insurans semula di peringkat tempatan dan multinasional.
Berita Terkini
Kemeriahan Kasih Syawal

Penduduk Teruja

Usaha Murni Dihargai

Takaful Ikhlas Rai 30 Kanak-kanak Melalui Aktiviti Jom Beli Baju Raya

Pelbagaikan Saluran Pembelian Skim Takaful

Lebih | Arkib

Takaful IKHLAS Sets RM1 billion target

3 May 2011


Takaful IKHLAS has set its sights on hitting the RM1 billion contribution mark in two years, some 10 years after it started operations, said its top executive. To accommodate the surge in business volume, the company recently received a RM100 million capital injection via its parent MNRB Holdings Bhd.

"Our growth has remained steady over the years but we need enough capital to support the volume," its president and chief executive officer Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman told Business Times recently. With the capital injection, Takaful Ikhlas, with an authorised capital of RM500 million, will now have a paid-up capital of RM295 million.

Takaful IKHLAS can now set its eyes on more opportunities in the market, namely in product development and investment strategies. The domestic takaful market is also anticipating the implementation of the proposed risk-based capital (RBC) framework in the near future that would lead to some takaful operators injecting new capital to maintain their licence to operate takaful business.

Akin to the conventional insurance RBC regime that came into force in January 1 2009, the takaful RBC is used to set capital requirements considering the size and degree of risk taken by the insurers. As a rule of thumb, Moheeb suggests that an insurer's capital should be three times the business volume.

According to Moheeb, Takaful Ikhlas is looking to rake in RM900 million in contributions by the financial year ending March 31, 2012. "We are on track to meet our RM760 million contribution target for the fiscal year ended March 31 2011," he said.

To face the increase in competition with the additional four new family operators, Takaful Ikhlas is working hard to beef up its agency business and product offerings. It is learnt that the company derives 70 per cent of its business from the family or life insurance business, whereby up to 25 per cent is contributed by its agency force. Malaysia now has 12 takaful operators after Bank Negara Malaysia awarded four new family takaful licences to consortiums last year. The four are American International Assurance Bhd and Alliance Bank Malaysia Bhd; AMMB Holdings Bhd and Friends Provident Group (UK); ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd, Public Bank Bhd and Public Islamic Bank Bhd; and Great Eastern Life Assurance Co Ltd and Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd.

NST

The Brandlaureate-SMEs Chapter Awards



Takaful IKHLAS menangi anugerah BrandLaureate

13 Jan 2011



KUALA LUMPUR 12 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) memenangi Anugerah Jenama Terbaik bagi Perkhidmatan Insurans Kesihatan pada majlis penganugerahan The BrandLaureate SMEs Chapter 2010 selama tiga tahun berturut-turut.

Takaful Ikhlas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya juga berjaya mempertahankan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan selama dua tahun berturut-turut.

Anugerah itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir adalah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa produk-produk perlindungan Takaful Ikhlas diterima dan menepati citarasa dan keperluan rakyat Malaysia. Jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri,

"Salah satu kategori yang dimenangi sebanyak tiga kali berturut-turut adalah melalui produk Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT), iaitu pelan perlindungan perubatan komprehensif.

"Kejayaan kami ini perlu dikongsi bersama dengan pelanggan kami yang banyak memberi sokongan dan serta warga kerja Takaful Ikhlas yang berdedikasi, " kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Takaful Ikhlas mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya

Utusan Malaysia

Takaful IKHLAS Sasar Kutipan RM750 Juta Tahun Ini

1 Nov 2010


KUALA TERENGGANU, 31 Okt -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) mensasarkan untuk memperoleh kutipan sehingga RM750 juta daripada pemegang polisi bagi tahun kewangannya tahun ini.

Pengerusi Takaful Ikhlas Sharkawi Alis berkata, ini berikutan prestasi syarikat yang terus melonjak pada setiap tahun sejak ia ditubuhkan pada September 2002 dan beroperasi Julai 2003 dengan hanya 145 warga kerja.

"Pada tahun kewangan 2005, Takaful Ikhlas memperoleh kutipan sumbangan sebanyak RM147 juta, terus meningkat kapada RM224 juta (2006), RM428 juta (2007), RM579 juta (2008) dan RM615 juta (2009)," katanya.

"Kami yakin dengan pertumbuhan syarikat yang begitu pesat, sasaran kami untuk memperoleh kutipan sumbangan sehingga RM750 juta pada akhir tahun ini akan tercapai," tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pejabat Takaful Ikhlas Wilayah Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di sini Ahad. Turut hadir di majlis itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman.

Sharkawi berkata pihaknya kini mempunyai 11 rangkaian pejabat wilayah yang membabitkan 7,633 ejen di seluruh negara dengan 1.7 juta pemegang sijil atau polisi, dan menurutnya melihat pertambahan bilangan pemegang sijil dan ejen yang ketara di seluruh negara, ia bagaikan satu petanda yang sihat untuk syarikat terus mewujudkan pejabat-pejabat wilayah yang baru di beberapa tempat strategik.

Katanya berdasarkan peningkatan perniagaan yang amat memberangsangkan di Terengganu, Takaful Ikhlas juga mensasarkan untuk memperolehi kutipan sumbangan dari negeri itu sehingga RM30.5 juta tahun ini.

Beliau berkata Takaful Ikhlas kini mempunyai kira-kira 500 ejen di Terengganu dan dengan adanya pejabat wilayah di sini, ia memudahkan pelanggan dan ejen berurusan secara terus.

Sementara itu Sharkawi berkata syarikat itu menawarkan lebih 90 pelan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah, namun ia tidak bermakna produk Takaful Ikhlas hanya sesuai untuk orang beragama Islam sahaja, sebaliknya ia bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama.

Malah menurutnya lebih tujuh peratus atau kira-kia 110,000 orang pemegang sijil Takaful Ikhlas kini terdiri daripada bukan Islam.

Pada majlis itu Ahmad turut menyampaikan zakat perniagaan Takaful Ikhlas kepada 20 pelajar Sekolah Agama Maahad Tahfiz Waltarbiyah, Tok Jiring di sini.

-- Harian Metro

Hasrat hantar ibu tunai haji termakbul

Hasrat hantar ibu tunai haji termakbul
3 Sep 2010


PAK SABAH - Niat murni seorang anak menghantar ibunya ke Tanah Suci Makkah termakbul akhirnya walaupun takdir menentukan dia lebih awal pergi menyambut panggilan Ilahi meninggalkan orang yang disayangi itu.

Allahyarham Jamilah Johari, 33, seorang kerani sekolah yang kembali ke rahmatullah pada 12 November 2008 di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selepas diserang penyakit strok, membeli polisi insurans daripada seorang ejen Takaful Ikhlas yang dikenalinya di Kuantan tiga tahun lalu sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah.

Ibu arwah Jamilah, Hasnah Jusoh, 53, berkata, anak kedua daripada 12 beradik: itu adalah harapan keluarganya kerana dialah yang banyak membantu menyediakan perbelanjaan untuk 10 adiknya.

Menurut Hasnah, pada awalnya dia tidak mengetahui anak perempuannya itu membuat caruman insurans, namun selepas kematian Jamilah yang juga seorang balu itu, dia amat terharu selepas dimaklumkan pihak Takaful Ikhlas bahawa dia akan menerima pampasan insurans yang dicarum arwah anaknya.

“Jamilah seorang anak yang baik, semasa hayatnya arwah banyak membantu kami. Dia sering mengirim wang dan turut membuat simpanan bagi membantu saya dan ayahnya, Johari Abdul Samad, 59, menunaikan haji.

“Bagaimanapun, niat murninya itu akhirnya termakbul juga walaupun dia sudah tiada, sebahagian duit pampasan insurans yang saya terima akan dibuat belanja untuk menunaikan salah satu rukun Islam itu,” katanya selepas menerima cek pampasan Takaful Ikhlas berjumlah RM41,453.57 di pejabat Arifin Agensi Takaful Ikhlas, di sini, semalam.

Hasnah, penama yang tertera di dalam polisi berkenaan menerima cek pampasan daripada Wan Muhammad Wan Yusuf, Pengurus Unit Arifin Agensi bagi pihak syarikat Takaful Ikhlas.

Bapa arwah Jamilah, Johari yang kini bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara keluarganya berkata, dia akan bertolak ke Tanah Suci sebaik sahaja namanya disenaraikan.

Sinar Harian

Waris terima pampasan Takaful IKHLAS

3 Sep 2010


PETALING JAYA – Keluarga kepada seorang murid cemerlang yang terkorban dalam kemalangan jalan raya tahun lalu menerima manfaat kematian daripada Takaful Ikhlas berjumlah RM35,210,21 melalui agensinya Seribu Dinar, di Taman Dato Harun dekat sini.

Allahyarham Mohammad Luthfi Masykuri, 12, memperoleh keputusan 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menyertai caruman Pendidikan Takaful sejak dua tahun lalu.

Ibu Allahyarham, Fainah Kasirol, 52, berkata beliau sekeluarga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Takaful Ikhlas melalui agensi Seribu Dinar, kerana membuat bayaran akhir manfaat kematian melalui caruman yang dibuat oleh Allahyarham.

Fainah yang mewakili suaminya sebagai penama pampasan tersebut berkata, wang itu akan digunakan untuk pendidikan tiga orang anaknya yang masih bersekolah.

“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Takaful Iklhlas dan juga agensinya, Seribu Dinar. Saya akan menggunakan pampasan ini sebaik mungkin dan menggunakannya untuk menampung pendidikan anak-anak saya.

“Walaupun sedih di atas kehilangan Mohammad Luthfi, namun kami sekeluarga reha dengan ketentuan Ilahi dan saya menganggapnya sebagai satu ujian besar kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengurus Agensi Seribu Dinar, Shahran Mohd Zaki berharap dengan adanya pampasan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Fainah sekeluarga.

Menurut Shahran, penduduk di sekitar Taman Dato Harun perlu mengambil kejadian yang menimpa keluarga Fainah sebagai pengajaran dengan membuat caruman insurans.

“Selain menyediakan skim tuntutan kematian, Takaful Ikhlas juga turut menyediakan skim tuntutan anugerah cemerlang pendidikan.

“Justeru, saya menyeru kepada semua masyarakat di sini supaya menyertai skim-skim yang ada kerana caruman yang dibuat akan membantu pencarum ataupun waris pencarum pada masa hadapan,” katanya

Shahran berkata, kepada orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut skim-skim yang di sediakan di Takaful Ikhlas boleh menghubunginya di talian 03-77819124.

Sinar Harian

Takaful IKHLAS Catat Pertumbuhan Perolehan Kasar RM615 Juta

18 Aug 2010

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) mencatatkan pertumbuhan perolehan kasar RM615 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2010, berbanding RM581 juta bagi tahun sebelumnya.

Di dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata sektor Takaful Am memberikan sumbangan RM217 juta bagi tahun kewangan 2009/2010 berbanding RM140 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya sektor perniagaan korporat pula mencatatkan pertumbuhan perniagaan sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Keseluruhannya, pencapaian individu Takaful Keluarga amatlah membanggakan dengan kutipan sumbangan RM172.2 juta berbanding RM134.3 juta pada tahun sebelumnya," katanya.

Baru-baru ini, Takaful Ikhlas turut meraikan pencapaian cemerlang ejen-ejennya pada Majlis Anugerah Ejen Takaful Ikhlas ke-enam di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya.

Takaful Ikhlas, yang mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd, iaitu sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful Ikhlas yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

-- BERNAMA

Takaful IKHLAS Rangkul Anugerah Produk Takaful Terbaik

20 Jul 2010

Takaful Ikhlas Sdn Bhd merangkul anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan baru-baru ini bersempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Anugerah itu disampaikan kepada Takaful Ikhlas Sdn Bhd oleh ahli House of Lords Mohd Shiekh yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim.

"Anugerah ini diraih melalui produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT), iaitu pelan perubatan yang unik dan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan di hospital dan pada masa yang sama mempercepatkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit dan pembedahan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Dato Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Syed Moheeb, anugerah yang diterima ini membuktikan komitmen syarikat untuk memperkasakan statusnya sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam.

IMAT merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan caruman terendah di dalam industri insurans dan takaful dengan pembaharuan untuk kos rawatan hospital dan kos pembedahan," katanya.

Syed Moheeb berkata Takaful IKHLAS merupakan di antara syarikat yang terdahulu di antara yang lain yang mempunyai kad perubatan seperti ini.

Dari hanya 80 sen sehari, peserta boleh memperolehi plan takaful perubatan yang berpatutan dan komprehensif serta ianya memberikan lebih banyak faedah dan had perlindungan yang lebih tinggi selain membolehkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah memilikinya.

Anugerah Takaful Antarabangsa diperkenalkan sempena Sidang Takaful Antarabangsa kedua 2008 anjuran Afkar Consulting manakala Forum Perniagaan Asia Barat, Sidang Takaful Antarabangsa 2010 mendapat sambutan hebat menerusi kehadiran perwakilan dari seluruh negara.



-- BERNAMA

Tuesday, November 9, 2010

Takaful IKHLAS menang anugerah produk terbaik

20 Jul 2010



KUALA LUMPUR 19 Julai – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi Anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Anugerah itu diraih melalui produk Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT), iaitu pelan perubatan yang unik.

Produk itu direka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan di hospital dan pada masa yang sama mempercepatkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit dan pembedahan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah yang diterima itu membuktikan komitmen syarikat sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan berasaskan prinsip dan nilai Islam.

“IMAT merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah di dalam industri insurans dan takaful dengan pembaharuan untuk kos rawatan hospital dan kos pembedahan.

‘‘Daripada hanya 80 sen sehari, peserta boleh memperoleh pelan takaful perubatan yang berpatutan dan komprehensif serta ia memberikan lebih banyak faedah dan had perlindungan yang lebih tinggi.

‘‘IMAT juga membolehkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah memilikinya,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah beliau, anugerah yang diterima itu meletakkan IMAT di posisi kemuncak walaupun baru berusia tiga tahun di pasaran.

Pada awal enam bulan selepas pelancaran produk IMAT iaitu pada tahun 2007, Takaful Ikhlas telah mengeluarkan 1,413 sijil kepada peserta dan kini syarikat telah pun mengeluarkan sebanyak 16,000 sijil, menurut Syed Moheeb

Utusan Malaysia

Takaful IKHLAS menang anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik Islamic Finance News 2009

11 Mar 2010



Kuala Lumpur, 11 Mac 2010 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) penyedia bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam membuktikan kehebatannya sekali lagi apabila ia memenangi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula bagi anugerah Berita Kewangan Islam (Islamic Finance News) 2009.

“Kejayaan Takaful IKHLAS memenangi anugerah buat tahun kedua berturut-turut jelas membuktikan betapa pentingnya kerjasama sepasukan. Kejayaan ini harus dikongsi bersama dengan pelanggan kami yang banyak memberi sokongan. Kejayaan ini juga adalah mandat yang diberikan kepada seluruh warga kerja Takaful IKHLAS yang berdedikasi untuk bekerja lebih keras dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional, sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Dato’ Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman


Anugerah yang dimiliki oleh Takaful IKHLAS ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam. Anugerah Undian Berita Kewangan Islam 2009 (Islamic Finance News 2009) yang diadakan buat kali kelima ini merupakan anugerah yang tulus, sahih dan kompetitif di dalam industri kewangan Islam.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.


Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Takaful IKHLAS Dinobat Penyedia Takaful Terbaik Euromoney 2010

24 Feb 2010


KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd memenangi anugerah "Penyedia Takaful Terbaik" dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Dalam satu kenyataan hari Selasa, syarikat itu berkata majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Landmark Hotel, London.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman berkata anugerah tersebut membuktikan komitmen Takaful Ikhlas untuk memperkasakan statusnya sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang berdasarkan prinsip dan nilai Islam.

"Anugerah yang diterima ini secara tidak langsung meletakkan jenama Takaful Ikhlas di kedudukan kemuncak yang membabitkan perkhidmatan perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip dan nilai Islam," katanya.

Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2010 disifatkan sebagai penghargaan tertinggi dalam kalender kewangan Islam dan pengiktirafan tahunan bagi prestasi luar biasa, kualiti, perkhidmatan serta inovasi dalam sektor berkenaan.

Takaful Ikhlas merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd.

-- BERNAMA

Takaful IKHLAS Penyedia Takaful Terbaik Euromoney 2010

24 Feb 2010

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. memenangi anugerah “Penyedia Takaful Terbaik” dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Landmark Hotel, London.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman berkata, anugerah tersebut membuktikan komitmen Takaful Ikhlas untuk memperkasakan statusnya sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang berdasarkan prinsip dan nilai Islam.

"Anugerah yang diterima ini secara tidak langsung meletakkan jenama Takaful Ikhlas di kedudukan kemuncak yang membabitkan perkhidmatan perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip dan nilai Islam,” katanya.

Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2010 disifatkan sebagai penghargaan tertinggi dalam kalendar kewangan Islam dan pengiktirafan tahunan bagi prestasi luar biasa, kualiti, perkhidmatan serta inovasi dalam sektor berkenaan.

Takaful Ikhlas merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd., sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama bursa Malaysia, di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd. (PNB).


Utusan Malaysia

Thursday, February 18, 2010

Takaful IKHLAS mahu agresif lagi

17 Feb 2010

SELEPAS tujuh tahun, Takaful Ikhlas akhirnya berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. Namun begitu, perjalanan syarikat insurans Islam itu tidak berakhir di sini.
Takaful Ikhlas yang turut dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini berusaha untuk memasuki pasaran sejagat.


‘‘Kami mahu bertindak sebagai penyedia penyumberan luar kepada syarikat-syarikat takaful di luar negara....Di sinilah kami melihat peluang yang patut diterokai, bukan sahaja membantu, tetapi memperluaskan sistem dan pemprosesan yang kita ada,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu temu bual dengan wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, impian untuk ‘tinggal di rumah sendiri’ telah tercapai sekali gus memberikan suntikan semangat untuk masa depan.

‘‘Saya yakin 2010 pasti memberi kejayaan berterusan kepada Takaful Ikhlas,’’ kata beliau lagi
Dalam pertemuan itu, Syed Moheeb juga mengulas tentang prestasi semasa Takaful Ikhlas dan juga kemungkinan untuk mengambil alih syarikat lain dalam mengembangkan lagi syarikat insurans itu.

UTUSAN: Sejauh mana Datuk melihat perkembangan industri takaful tahun ini?

Syed Moheeb: Kita boleh bahagikan unjuran itu kepada dua bahagian iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am. Menurut Insurance Service Malaysia Bhd. (ISM), firma rujukan insurans dan takaful, mengunjurkan terdapat peningkatan ketara dalam Takaful Keluarga lebih kurang 30 peratus.

Walaupun ia berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi keadaannya masih baik selepas mengambil kira dunia baru sahaja melepasi krisis ekonomi. Kita masih tidak tahu lagi unjuran sebenar insurans konvensional tetapi kalau kita tengok kepada suasana sebelum krisis ekonomi, Takaful Keluarga berkembang pada kadar 12 peratus. Meskipun Takaful Keluarga nampak merosot sedikit tetapi masih membanggakan. Takaful Am pula dijangka tiada peningkatan. Purata kenaikan takaful ini pada tahun-tahun sebelumnya lebih kurang tujuh peratus berbanding konvensional tiga peratus.

Pada tahun ini kita menjangka Takaful Am tumbuh antara tujuh hingga lapan peratus. Kalau kita melihat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM), Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) dianggar tumbuh lima peratus pada suku keempat 2010. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula meramalkan empat peratus. Kita boleh nampak aktiviti-aktiviti ekonomi kembali rancak. Tambahan pula, Insentif-insentif untuk merancakkan ekonomi melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM67 bilion akan mula dirasai kesannya.

Jadi sejauh mana kesannya kepada industri?

Kita terpaksa tunggu kira-kira enam bulan sebelum kita dapat merasai kesannya kepada industri takaful dan insurans. Kesannya kepada Takaful Am hanya boleh dilihat apabila ada peningkatan dalam perlindungan marin yang dilanggan oleh pengilang-pengilang yang membeli stok-stok keperluan mereka. Kilang, industri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mula mengambil tenaga kerja, ini juga akan membantu pemulihan Takaful Am. Bagi Takaful Nyawa pula bergantung kepada pemulihan ekonomi, sekali gus bakal memberikan kekuatan kepada perniagaan ini.


Selepas hampir tujuh tahun beroperasi, Bagaimana pula Datuk menilai prestasi Takaful Ikhlas?

Kami akan berpindah ke bangunan baru di Bangsar South. Selepas hampir tujuh tahun beroperasi, impian warga Takaful Ikhlas untuk 'tinggal dalam rumah sendiri' tercapai. Pejabat baru ini bukan sahaja selesa tetapi mempunyai persekitaran perniagaan yang baik. Ini seolah-olah memberi satu suntikan semangat kepada semua kakitangan Takaful Ikhlas, apatah lagi tempatnya cantik, sekali gus memberi keselesaan kepada kami untuk meluaskan perniagaan khususnya dengan syarikat asing.

Syarikat ini dikenali di peringkat luar kerana kepakaran dalam teknologi dan pemprosesan serta fokus pelaksanaan strategi. Sesiapa yang mengikuti perkembangan, prestasi dan analisis pelaksanaan strategi Takaful Ikhlas, pasti akan mengagumi kita.

Jadi dengan adanya bangunan baru, ia menaikkan sifat kendiri dan keyakinan, secara tidak langsung akan diterjemahkan kepada kelakuan dan kelakuan pula bakal mengenal pasti masa depan kita. Ini dilihat sebagai asas kepada Takaful Ikhlas untuk terus maju pada masa depan.

Saya yakin 2010 pasti memberi kejayaan berterusan kepada Takaful Ikhlas. Saya berbangga untuk menyatakan dalam usia hampir tujuh tahun ini, Takaful Ikhlas mempunyai aset bernilai RM1.2 bilion.

Apa yang menjadi keutamaan Takaful Ikhlas pada tahun ini?

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini, kita menganggarkan untuk mencapai premium sebanyak RM630 juta berbanding RM580 juta pada tahun lalu. Kita juga merancang untuk memperkukuhkan rangkaian pengagihan, dengan menambah wakil dan agen takaful serta institusi perbankan di Malaysia. Takaful Ikhlas akan memperkukuhkan perkhidmatan di 10 buah bank sekarang. Kita hendak memastikan setiap bank dapat mempertingkatkan agihan dengan mengadakan perkakasan elektronik kepada institusi perbankan tersebut. Syarikat akan perluaskan I-POS kepada sebanyak cawangan perbankan yang boleh. I-POS adalah satu sistem berasaskan laman web, yang mana ia membolehkan wakil dan agen syarikat untuk melihat status pelanggan. Teknologi itu ada tetapi menunggu kelulusan daripada bank-bank berkenaan.


Datuk pernah menyatakan hasrat untuk meluaskan operasi syarikat ke luar negara. Boleh dijelaskan lebih lanjut?

Kita memang menumpukan kepada peningkatan usaha untuk penyumberan luar. Takaful Ikhlas mahu bertindak sebagai penyedia penyumberan luar kepada syarikat-syarikat takaful di luar negara. Sekarang kita nampak beberapa syarikat takaful baru wujud di luar negara terutama di Timur Tengah, Afrika Selatan, Afrika Tengah dan Eropah. Kalau syarikat-syarikat di Eropah memang tiada masalah kewangan untuk mengadakan sistem takaful yang membabitkan teknologi maklumat, pemprosesan dan pelaksanaan tetapi di negara-negara lain, mereka mempunyai pelaburan yang terhad.

Di sinilah kami melihat peluang yang patut diterokai, bukan sahaja membantu, tetapi memperluaskan sistem dan pemprosesan yang kita ada. Ia seperti konsep francais cuma mereka tidak perlu menggunakan jenama Ikhlas. Kita juga tidak pernah mengehadkan supaya syarikat-syarikat yang mahukan mendapatkan penyumberan luar menggunakan nama Takaful Ikhlas.

Setakat ini adakah Takaful Ikhlas terlibat dalam rundingan dengan mana-mana pihak?

Kita kini berunding dengan tiga pengendali takaful termasuk Eropah Timur, Afrika Selatan dan kemungkinan Australia. Perkhidmatan penyumberan luar itu akan menjadi pasaran baru Takaful Ikhlas.


Bagaimana pula tumpuan kepada pasaran tempatan?

Bagi dalam negara, dua perkara akan menjadi tumpuan sejajar dengan saranan kerajaan. Dalam Bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan mengenai kewujudan mikro takaful (penawaran insurans pada premium lebih rendah daripada yang sedia ada).

Kami sedang memikirkan untuk melihat bagaimana inisiatif kerajaan ini dapat diberikan sokongan. Kita mungkin akan menggunakan persatuan insurans untuk menghasilkan produk melalui satu skim yang akan dipasarkan oleh semua pengendali menggunakan jentera kerajaan.


Sejauh mana pula sumbangannya?

Untuk produk ini sudah tentu sumbangannya rendah, kos operasi, pengagihan perlu mudah, komisennya rendah, sejajar dengan peranannya sebagai produk mikro takaful.


Boleh Datuk berkongsi rahsia kejayaan dalam membangunkan Takaful Ikhlas?

Bagi saya ada dua faktor iaitu jenama dan keghairahan dalam membangunkan serta memajukan Takaful Ikhlas. Saya sentiasa memastikan orang ramai tahu, kenal dan suka Takaful Ikhlas. Aspek ini datangnya daripada jenama.

Oleh itu, jenama perlu ada matlamat, destinasi dan imej. Perkara ini tidak akan wujud jika kita sekadar 'berbuat bising', tetapi sebaliknya ia perlu datang secara semula jadi.


Untuk mencapainya, Takaful Ikhlas perlu mempunyai produk, kakitangan yang baik dan cekap atau menawarkan produk pada harga murah?.

Bagi saya, untuk menjadikannya semula jadi, Takaful Ikhlas perlu memiliki modal insan yang mampu memberi fokus kepada pelanggan dan memastikan kakitangan kami sentiasa fokus kepada perkhidmatan pelanggan. Kita menggunakan nilai Islam iaitu menjadikan kerja sebagai satu amanah dan takaful sebagai dakwah.

Dengan meletakkan semua dalam nilai kerja, Takaful Ikhlas mempunyai kakitangan yang bukan sahaja komited pada pekerjaannya tetapi ikhlas melaksanakan tugas mereka.

Dalam perniagaan, semua orang ada strategi masing-masing cuma kita mengutamakan pembaikan berterusan. Pembaikan berterusan ini tidak akan berlaku tanpa melatih kakitangan berbuat demikian.

Di Takaful Ikhlas, kita memastikan semua kakitangan mematuhi piawaian pemprosesan yang berpandukan kepada ISO.


Jadi apakah ISO yang diperoleh pada sepanjang tujuh tahun ini?

Takaful Ikhlas mendapat pengiktirafan bagi proses tuntutan kumpulan (am dan keluarga) ISO 9001:2008 (Sistem Pengurusan).

Syarikat ini menjadi syarikat pertama di kalangan industri institusi kewangan yang memperoleh MS 1900:2005.

Prosesnya berpandukan perundangan Syariah dan prinsipal melalui isu-isu Syariah yang kritikal. Jadi, pemantauan terhadap pemprosesan amat penting kepada syarikat.

Kita mengambil 30 peratus kakitangan dari syarikat lain dan 70 peratus lagi adalah kakitangan baru.

Walaupun begitu, kita sentiasa pastikan mereka mematuhi standard prosedur bekerja yang ditetapkan. Semua pengurusan tertinggi pula diwajibkan memahami metodologi pengurusan projek.


Bagaimana Datuk melihat persaingan sengit dalam industri takaful?

Persaingan baik di dalam perniagaan kerana ia mendorong kita untuk menjadi lebih inovatif, cekap dan pantas.


Mungkinkah Takaful Ikhlas akan bergabung atau mengambil alih syarikat lain?

Takaful Ikhlas kini mempunyai modal sebanyak RM197 juta. Sudah tentunya kita akan menjadi syarikat berbilion ringgit menjelang 2014. Peraturan permodalan di Malaysia memerlukan kita meningkatkan modal seiring dengan peningkatan saiz dana. Jadi untuk membolehkan kami menguruskan dana RM1 bilion, Takaful Ikhlas perlu mencari modal RM300 juta atau lebih besar.

Persoalannya mana akan datang modal tambahan ini, satunya adalah melalui rizab modal atau modal baru. Modal baru ini boleh diperoleh melalui penggabungan atau pemegang saham baru, itu kita akan lihat nanti. Tetapi pada dasarnya kalau ada tawaran yang baik daripada mana-mana pihak, kita akan meneliti kriteria sama ada dengan modal tersebut seiring dengan nilai-nilai tambahan.

Kalau sekadar modal sahaja kita tidak berminat tetapi kita akan melihat mana rakan pakatan yang boleh menawarkan nilai tambah. Mungkin pasaran baru, sistem yang lebih canggih atau pengagihan lebih cekap. Kita sering ditanya sama ada Takaful Ikhlas akan meluaskan pasaran di luar negara atau pakatan dengan entiti asing dan kita sering menjawab Takaful Ikhlas terbuka kepada sebarang cadangan dan bersedia untuk menjual (syarikat).

Cuma ingin saya tekankan, kita tidak hanya melihat kepada harga tetapi nilai-nilai lain.


Apakah terdapat sebarang penawaran produk baru tahun ini?

Kami telah mengenal pasti untuk memperkenalkan tiga produk baru iaitu produk penjagaan kesihatan, produk berasas motor dan am. Bagaimanapun, kelulusan Bank Negara diperlukan. Pelancaran produk insurans motor dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Seperti pengumuman kerajaan baru-baru ini, insurans dan takaful motor akan dirombak pada pertengahan tahun ini dan Takaful Ikhlas melihat ia sebagai peluang dengan memperkenalkan polisi pelengkap.


Friday, January 22, 2010

Pelaburan: Proses Membina Harta

Pelaburan: Proses membina harta

23 Dec 2009


HARTA adalah amanah Allah yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk mencapai kehidupan yang diberkati.

Islam mengajar manusia mempunyai pandangan yang betul terhadap harta agar menerusi harta, manusia dapat menikmati bahagia dan bukannya bencana.

Islam memperakui keperluan manusia kepada harta dan kerana itulah harta dipandang mulia di sisi Islam. Malah, Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

Dalam Islam, harta merupakan wasilah untuk manusia menikmati keselesaan hidup, untuk mencapai takwa. Di sebalik itu, Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya.

Ini sebagaimana yang ditegaskan Allah yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. (al-Munafiqun: 9)

Di samping itu, dengan memiliki harta semata-mata tanpa diurus dan dibangunkan untuk kesejahteraan manusia sejagat adalah bertentangan dengan yang dituntut oleh Islam.

Ini kerana dari satu sudut yang lain, Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dia yang menghidupkan kamu di muka bumi ini dan memerintahkan supaya kamu membangun dan membina kehidupan yang harmoni di atasnya. (Hud: 61)


Manfaat

Malah Islam menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat”.

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna memerintahkan agar harta dan diuruskan dengan baik dan bijaksana kerana jika sebaliknya harta boleh menyebabkan kemusnahan manusia dan kemurkaan Allah.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya bagi penduduk Saba' di negeri mereka ada suatu tanda kekuasaan Allah iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (dikatakan kepada mereka): Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Inilah) negeri yang baik dan Tuhan yang pengampun. Kemudian mereka menderhaka kepada Allah, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir dan kami tukarkan kedua-dua kebun mereka dengan buah-buahan yang pahit dan pohon-pohon yang tidak berbuah. (Saba’: 15-16)

Demikian juga beberapa firman-Nya yang lain seperti dalam surah al Nisaa’ ayat 10 dan surah an-Nisaa’ ayat 161.

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.

Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Malah dari sudut yang lain setelah dicari, harta itu perlu pula dikembangkan. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya.

Nabi Muhammad SAW dan khulafah Al Rashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harta zakat seperti unta, lembu dan kambing.

Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.

Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.

Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.

Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Yusuf: 47-48)

Memang Islam menyuruh agar harta dikembang atau dilaburkan, namun bagi mendapatkan keredaan Allah SWT aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qias dan ijtihad.

Justeru, pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.

Dalam muamalat Islam rukun sesuatu kontrak memainkan peranan yang penting dan ia tidak boleh diabaikan. Jika sesuatu transaksi yang mengaplikasikan kontrak Syariah tidak cukup rukun-rukunnya, maka transaksi itu tidak sah.

Sebagai panduan, di bawah konsep mudharabah dan musyarakah rukun-rukunnya yang wajib ada dan dipenuhi adalah, wang (modal) pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui, pelabur, pengusaha, bisnes yang halal dan kontrak (ijab dan qabul).

Di samping memenuhi dan cukup rukunnya, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama, tiada jaminan modal selamat dan tiada jaminan untung tertentu.

Memang tidak dinafikan, setiap pelabur yang membuat pelaburan mengharapkan keuntungan. Banyak pihak yang terkeliru dalam hal ini khususnya yang berkaitan dengan jaminan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pelabur.


Mengelirukan

Lebih mengelirukan apabila pihak yang menawarkan peluang pelaburan tersebut menggunakan nama-nama, istilah atau perkataan Arab yang menampakkan seolah-olah ia adalah pelaburan secara Islam.

Namun apabila diselidiki hanya nama nampak macam pelaburan secara Islam tetapi dari segi mekanisme dan operasinya jauh terpesong daripada kaedah pelaburan secara islam.

Jaminan mendapat keuntungan adalah bercanggah dengan prinsip pelaburan dalam Islam. Ulama Islam sepakat bahawa memberi jaminan untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan hukumnya adalah haram kerana ia adalah riba dan bukannya pelaburan.

Islam tidak membenarkan memberi jaminan bahawa pelabur mesti mendapat keuntungan daripada pelaburannya kerana ia bercanggah dengan tabii pelaburan itu sendiri yang tertakluk kepada untung dan rugi.

Ia sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”. (riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud)

Apa yang dibolehkan dan sebagaimana yang diamalkan oleh industri kewangan Islam adalah sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja tanpa membuat sebarang janji bahawa pelabur pasti akan mendapat keuntungan.

Hal ini selari dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah AAOIFI yang telah memutuskan bahawa apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah akad pelaburan mudharabah itu.

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah antara badan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia hal ehwal pelaburan.

SC dengan dibantu oleh Majlis Pengawasan Syariahnya telah berjaya menyenaraikan sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia yang mematuhi Syariah.

Berdasarkan Majlis Pengawasan Syariah SC, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah); (b) Perjudian dan pertaruhan; (c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan; (d) Insurans konvensional; (e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah; (f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan; (g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan (h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu: pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik dan aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Inisiatif SC itu merupakan satu inovasi yang berimpak maksimum kepada umat Islam di Malaysia dimana mereka tidak lagi ragu-ragu dan teragak-agak untuk membuat pelaburan.
Justeru, sebelum melabur kita perlu membuat pertimbangan yang wajar dengan memastikan agar pelaburan yang hendak dibuat tidak melibatkan pelaburan dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak.

Tiada jaminan terhadap keuntungan yang tetap, tidak ada unsur gharar (ketidakpastian) atau elemen perjudian, tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat pelaburan dan tidak terlibat dalam riba.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang menawarkan keuntungan berlipat ganda menerusi pelbagai kaedah kreatif yang menggunakan nama-nama seolah-oleh ia satu pelaburan secara Islam.


Utusan Malaysia






Monday, January 18, 2010

Perbankan Islam Dan Prestasinya Kini

Nov 2009

PERBANKAN Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari al-Quran dan al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain.

Antaranya seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijmak), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qias) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). (http://www.bankinginfo.com.my)

Usaha awal penubuhan perbankan Islam di Malaysia bermula seawal penubuhan Tabung Haji pada November 1962 yang telah memulakan operasinya pada 30 September 1963. Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya.

Gerakan ini adalah hasil pelbagai perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa wujudnya keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan syariah.Gelombang ini turut dicetuskan di peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di negara-negara Islam telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar Negara Islam dalam tahun 1971. (www.bankislam.com.my)

Hasilnya, Kabinet meluluskan penubuhan bank Islam yang pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983.

Setelah lebih kurang 10 tahun bank Islam pertama beroperasi, industri perbankan Islam melakar satu lagi sejarah di mana pada tahun 1993 diwujudkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan. (Bank Negara Malaysia (BNM) dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan Sedekad 1989-1999).

Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 1 Disember 1998, SPTF ditukar kepada Skim Perbankan Islam (SPI) kerana penggunaan istilah SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar operasi perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan.

Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan. Sebelum 1993, Malaysia hanya mempunyai sebuah bank Islam dengan 36 cawangan yang terhad. Namun selepas kerajaan memperkenalkan SPTF pada 1993, perbankan Islam boleh diperoleh dihampir 2,500 cawangan bank Islam, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan. Alhamdulillah, industri perbankan Islam kini diperkukuhkan lagi apabila institusi perbankan konvensional yang menawarkan SPI diberi pilihan untuk mengubah operasi SPI mereka kepada sebuah bank Islam sepenuhnya.

Bagi menyemarakkan lagi perkembangan industri perbankan Islam ini pihak kerajaan juga menawarkan lesen perbankan Islam kepada bank-bank asing.Pada tahun 2008, pendapatan yang dijana oleh industri perbankan Islam mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Ia memperoleh pendapatan kasar melebihi RM9 bilion dan kini aset perbankan Islam telah menghampiri RM300 bilion.Bagi menjamin pematuhan syariah, semua bank Islam perlu menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak syariah.

Selain itu, Majlis Penasihat Syariah iaitu badan syariah tertinggi yang ditubuhkan di BNM diwujudkan bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.prinsip syariah Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk-produk kewangan yang berteraskan prinsip-prinsip syariah. Konsep dan mekanisme operasi telah berubah daripada konsep pinjam meminjam yang menjadi teras sistem perbankan konvensional kepada konsep jual beli, perkongsian, kerjasama dan sebagainya.

Di antara konsep-konsep syariah dalam perbankan Islam yang diaplikasi dalam pelbagai produk perbankan Islam ialah Wadiah (Simpanan) yang digunakan dalam produk-produk berasaskan deposit, Mudarabah (Perkongsian keuntungan) yang digunakan dalam produk-produk berasaskan pelaburan, Bai' Bithaman Ajil - BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) yang diaplikasikan dalam pelbagai produk pembiayaan. Murabahah seperti mana BBA, Musyarakah (Usaha sama) yang diaplikasikan dalam produk pembiayaan usaha sama, Ijarah Thumma Bai' (Sewa Beli) yang lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutama- nya pembiayaan kenderaan dan sebagainya.

Bermula dengan satu bank dengan produk yang terhad dan ringkas, kini Perbankan Islam telah mampu memenuhi keperluan semasa umat. Ia kini bukan lagi satu alternatif tetapi satu kewajipan terutamanya ke atas umat Islam untuk menyokong produk-produk perbankan Islam.

Ini kerana perbankan Islam dari sudut produk telah berupaya menawarkan lebih 40 jenis produk yang berdaya saing dan kreatif yang merangkumi produk-produk berkaitan deposit seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan dan sebagainya, pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi, sewaan dan sebagainya mahupun pelaburan seperti Deposit Murabahah Berstruktur.

Sistem Perbankan secara Islam berbeza dengan Sistem Perbankan Konvensional dan ia boleh dilihat kepada konsep dan operasinya. Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan syariah. Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktivitinya daripada unsur-unsur yang diharamkan seperti riba, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan. Manakala sistem konvensional muamalatnya dijalankan secara riba dan tidak mengambil kira unsur-unsur keadilan dalam transaksinya.

Mengumpul keuntungan

Dari sudut objektif, perbankan konvensional menerusi pelbagai aktivitinya adalah mengumpul keuntungan peribadi ataupun kumpulan tertentu seperti pihak pemegang saham. Usaha digembleng hanya bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira kesan dan akibat kepada umat.

Hal ini berbeza dengan sistem Perbankan Islam di mana dari sudut teorinya adalah untuk menjamin kemaslahatan dan kesejahteraan umat khususnya dalam perkara yang berkaitan sosioekonomi umat Islam.

Ini dapat dilihat apabila perbankan Islam tidak mengamalkan riba yang memang jelas menindas dan menzalimi terutamanya golongan yang lemah.

Dosa riba ini telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Malah riba diharamkan oleh semua agama. Allah melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Rasulullah SAW. melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya." (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)

Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis nabi SAW maksudnya: "Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278).

Begitu juga jika dilihat dari sudut hubungan di antara pelanggan dengan pihak bank. Bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara pemiutang dan peminjam sahaja. Tetapi di dalam perbankan Islam, hubungan lebih kepada kebersamaan di mana sebagai contoh di bawah konsep Musyarakah, pihak bank dan pelanggan adalah rakan kongsi untuk melaksanakan satu-satu projek dan sebagainya.

Ini selaras dengan falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam iaitu untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Dengan mengenakan caj tambahan yang kadang-kadang berkali ganda seperti yang dilakukan oleh perbankan konvensional melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.

Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Biar pun telah wujud sistem kewangan yang berasaskan prinsip Islam, namun, masih ada di kalangan umat Islam hari ini yang masih terlibat dengan perbankan konvensional. Mereka mencipta 1,001 alasan untuk mengelak terlibat dengan Sistem Kewangan Islam seperti produk-produk yang ditawarkan oleh Perbankan Islam mahal harganya jika dibandingkan dengan produk-produk syarikat konvensional. Sebagai Muslim yang beriman, sudah pasti kita ingin memastikan apa yang dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip-prinsip Islam.

Namun, adakah kita sedar, dengan melibatkan diri dengan perbankan konvensional, kita mendedahkan diri kita dengan dosa riba di mana Allah dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang ke atas orang-orang yang terlibat dengan riba tidak kiralah sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.

Adakah kita masih ingin melibatkan diri dengan dosa besar tersebut sedangkan sudah ada pilihan.

Mengajak manusia melaksanakan ekonomi Islam dan beramal dengannya merupakan suatu ibadah yang pasti mendapat ganjaran baiknya di sisi Allah SWT. Persoalannya, adakah kita benar-benar ingin melaksanakannya atau mengharap orang lain melunaskan 'tugasan' tersebut bagi pihak kita.

Utusan Malaysia

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN



Wednesday, December 16, 2009

Pengurusan Kewangan Islam

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.

Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah dalam surah Yusuf ayat 67.

Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah.
Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.

Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18.

Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.

Harta dalam Islam

Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya.

Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 9.

Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas.

Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61.

Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat".

Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik.

Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba' ayat 15 - 16 dan surah al-Nisaa' ayat 10 dan 161.

Konsep pengurusan harta

Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10.

Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.

Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48.

Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.

Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.

Pengurusan kewangan Islam

Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah.
Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.

Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).

Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti).

Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah "satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95)

Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya.

Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf.

Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.

Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?"

Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Keberkatan

Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan.
Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah.

Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat.
Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.

Utusan Malaysia

Wednesday, October 14, 2009

Pelaksanaan Hibah Dalam Konteks Operasi Takaful

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful
30 Sep 2009

HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.
Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang.
(riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya".
(riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya".
(riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pembayar sumbangan

Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta.

Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:
1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;
2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.
Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;
3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);
4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan
5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.


Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN